I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, 8 December 2011

Akhbar dalam darjah


AKHBAR DALAM DARJAH (ADD)

BAGAIMANAKAH MEMULAKAN ADD DI BILIK DARJAH?

1. Persediaan Guru

Pengetahuan Konsep ADD
(a) Mengetahuinya melalui bengkel atau ceramah ADD.
(b) Mengetahuinya melalui pembacaan akhbar dan bahan-bahan lain.

Kreativiti guru
Guru yang mengajarkan sesuatu tajuk bagi sesuatu mata pelajaran dengan menggunakan akhbar akan sentiasa kreatif sewaktu mengendalikan kelas.

2. Persediaan akhbar

(a)    Membuat tempahan awal dengan pihak pengedaran
akhbar berkenaan.
(b)    Memastikan yang pihak pengedaran akhbar memberi
perakuan yang akhbar yang ditempah sampai mengikut
masa yang dikehendaki.
(c)    Jika menggunakan akhbar lewat, sampai sehari sebelum
kelas diadakan.
(d)    Jika menggunakan akhbar semasa, sampai pada waktu
pagi, sebelum sekolah bermula.
(e)    Bilangan akhbar mencukupi untuk semua murid.

3. Persediaan Mengajar
(a)    Guru terlebih dahulu melihat akhbar yang akan
digunakan. Tujuannya untuk menentukan bahan yang
berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar didapati
dalam akhbar berkenaan.
(b)    Guru membuat persediaan pengajaran seperti biasa.

Antaranya termasuklah butir berikut:

· Menentukan objektif pengajaran
· Induksi set
· Pengenalan
· Langkah-langkah pengajaran
· Penutup

(c) Catatan mengenai pengajaran hendaklah dibuat seperti biasa.

Bagaimanakah jika menggunakan akhbar semasa?
Pastikan anda menggunakan bahasa yang memang ada dalam akhbar. Misalnya menggunakan rencana pengarang untuk meringkas karangan atau menggunakan iklan jawatan untuk menulis surat kiriman rasmi. Bahan-bahan ini memang sedia ada dalam akhbar.


Perlukah Guru Besar/Pengetua Diberitahu?
(a)    Guru Besar atau pengetua dimaklumkan melalui catatan dalam buku persediaan mengajar, terutama catatan mingguan.
(b)    Bagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk memulakan program ADD, elok diadakan perbincangan dengan Guru Besar/Pengetua untuk mengelak daripada berlaku salah faham.
(c)    Seperkara lain yang penting dibincang dengan Guru Besar/Pengetua ialah mengenai cara mendapatkan akhbar, terutama yang membabitkan pembayaran.

5. Persediaan Kelas/Murid
(a) Pastikan setiap murid mempunyai naskhah akhbar masing-masing.
(b) Murid membawa bahan yang diperlukan seperti gunting dan gam.

Pengendalian Kelas
(a)    Kelas dijalankan seperti biasa. Laksanakan pengajaran seperti dirancang atau dicatat dalam buku ringkasan mengajar.
(b)    Guru membuat penyeliaan dengan bijaksana, terutama sewaktu murid-murid membuat aktiviti seperti memotong dan menampal bahan dalam akhbar.

==================================================
Penggunaan Akhbar Melalui Konsep ADD
>> Penggunaan Kartun (Komik)
==================================================
Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar masing-masing.
1. Ganti dialog dalam kartun dengan dialog sendiri.
2. Betulkan dialog dalam kartun berkenaan dengan menggunakan laras bahasa baku.
3. Mewarnakan kartun.
4. Menulis karangan berdasarkan kartun.
5. Melukis semula kartun berkenaan.
6. Mengajarkan imbuhan berdasarkan aksi watak dalam kartun.
7. Lakonan berdasarkan watak dan cerita kartun berkenaan.
8. Menyampaikan cerita berdasarkan kartun.
9. Tukar kepada ayat pasif.
10. Membuat jangkaan perkara yang berlaku seterusnya berdasarkan siri kartun berkenaan.

==================================================
Penggunaan Akhbar Melalui Konsep ADD
>> Bahan - Gambar
==================================================

Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar sendiri

Setiap hari Berita Harian menyiarkan banyak gambar berwarna dan hitam putih dan boleh digunakan untuk pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran.

1. Membina soalan berdasarkan 5W + 1H mengenai sesuatu gambar:
          Siapa?
          Apa?
          Bila?
          Di mana?
          Mengapa?
          Bagaimana?

2. Membuat sendiri keterangan gambar.

3. Penggunaan gambar untuk mengajarkan tatabahasa.

4. Mengaitkan beberapa gambar untuk membuat karangan.

5. Cari gambar yang ada beberapa persamaan. Minta murid memberi hujah.

6. Menamakan benda/orang yang dapat dilihat daripada sesuatu gambar.

7. Menyediakan dialog

8. Membuat lukisan berdasarkan sesuatu gambar.

9. Nilai murni dan sebaliknya daripada sesuatu gambar.

10. Mewarnakan gambar.

11. Membuat karangan imaginasi berdasarkan gambar.

12. Mengkategorikan jenis gambar (Alam dan Manusia)

13. Mengkategorikan bentuk objek dalam gambar.

14. Menggunakan gambar untuk mengajarkan Matematik seperti iklan pasar raya.

15. Gunting dan susun gambar kemudian tampal di atas kertas lukisan (mata pelajaran Pendidikan Seni)

==================================================
Penggunaan Akhbar Melalui Konsep ADD
>> Bahan Pengajaran - Pendidikan Seni
==================================================

Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar sendiri.

1. Mencari logo, menyusun dan menampal di atas kertas lukisan.

2. Membuat kolaj menggunakan bahagian berwarna akhbar.

3. Menggunting, menyusun dan menampal bahan berwarna untuk membentuk lukisan berdasarkan tajuk seperti - Rumah Kediaman Saya dan Bintang Kesayanganku.

4. Mewarna gambar grafik, rajah dan sebagainya.

5. Menyusun perkataan daripada tajuk berita membentuk bahan seperti;
(a) Nama dan alamat sendiri
(b) Kata-kata hikmat
(c) Puisi seperti pantun

6. Membuat kad jemputan dengan menyusun abjad daripada tajuk berita dan dihias dengan bahan lain daripada akhbar.

7. Gunting dan tampal beberapa objek menarik untuk menjadi sebuah lukisan.

8. Gunting gambar kepala orang kemudian lukis bahagian badan atau dipadankan dengan badan orang lain.

9. Menyusun objek-objek dalam akhbar untuk membentuk lukisan abstrak.

10. Menggunting bahan tertentu untuk membentuk objek seperti kereta dan permukaan jam.

==================================================
Penggunaan Akhbar Melalui Konsep ADD
>> Bahasa Melayu - Surat Kiriman
==================================================

Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar masing-masing.

Memohon jawatan (surat rasmi)
Didasarkan kepada iklan tawaran kerja

Memesan barang (buku)
Didasarkan kepada iklan tawaran (buku)

Menjawab surat (surat rasmi)
Didasarkan kepada surat pembaca

Surat ucapan tahniah
Didasarkan kepada berita kejayaan

Surat ucapan takziah
Didasarkan kepada berita kemalangan

Surat simpati
Didasarkan kepada berita kemalangan


Surat memberi pendapat
Didasarkan kepada berita atau rencana yang menimbulkan isu

Surat menghubungi seseorang
Didasarkan sesuatu berita mengenai seseorang

Surat membuat tempahan
Berdasarkan iklan tertentu seperti hotel dan makanan

Surat mendapat maklumat lanjut
Berdasarkan sesuatu berita atau iklan seperti mengenai pertandingan

Kad jemputan
Membuat kad jemputan dengan menyusun huruf daripada tajuk berita

Membuat surat untuk Surat Pembaca

==================================================
Penggunaan Akhbar Melalui Konsep ADD
>> Bahan Pengajaran - Lisan
==================================================

Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar masing-masing.

1. Minta pelajar membaca secara senyap mana-mana berita pendek kemudian minta mereka mengingati kembali.

2. Dengan menggunakan rancangan TV - minta pelajar membaca seolah-olah seperti penyampai di kaca TV.

3. Setelah membentuk kumpulan, atur satu persidangan akhbar mengenai satu berita yang telah dibaca.

4. Setelah pelajar membaca sesuatu berita mengenai pertandingan sukan, kemudian minta mereka membuat “ulasan selari” pertandingan itu.

5. Buat temu ramah berdasarkan sesuatu berita dibaca.
Minta pelajar membaca semua tajuk berita dari sesuatu halaman, kemudian menyebutnya secara lisan.

6. Minta pelajar membaca rencana atau tulisan bercorak pendapat, selepas itu menyatakan isi (point) bahan yang dibaca itu.

7. Baca mana-mana berita, khususnya berkaitan sesuatu isu dari pemimpin, minta mereka menyampaikan syarahan pendek.

8. Minta pelajar meneliti iklan mengenai barangan kemudian memperagakan seolah-olah menjual barangan berkenaan.